Saturday, 20 April 2019

TIPS JIMAT KOS POSTAGE UNTUK SELLER TEGAR!

Untuk seller yang macam aku jenis nak jimat kos pos ni kita gunakan apps SHIPPOP berbanding EASYPARCEL. Kat sini aku sertakan gambar dan cara korang nak gunakan apps ni sekali.
(Kalo bukan seller pon boleh jenis yang malas nak isi borang and jimat masa sesuai la guna shippop)

1. Sesuai la untuk nak pos barang walaupon seketul pensel pon boleh.
2. Harga poslaju hanya RM6.50 per kg
(Tapi aku pernah je pos tilam dari kelantan ke johor letak 1kg je. Diorang tak tengok sangat pon barang tu. Tapi kalo liquid ke handphone aku tak jamin barang tu selamat tiba dengan jayanya ye.)
3. Tak boleh pos luar negara
4. Korang just payment RM6.50 (poslaju) jerr kalo nak pos 1 barang and kebetulan duit ada cukup cukup je nak pos 1 barang.

Berbanding easyparcel kene topap RM100 minima baru bole pakai. Tapi apps ni takyah topap pon da bole terus pakai. Lepas ni boleh dah ejas acah acah free pos kan padahal korang da include postage. Betui dak?

Jom layan gambar cara nak guna. Jangan lupa baca caption untuk tengok step tau.



Masukkan www.shippop.my then korang akan nampak macam ni. Better register as personal kalo malas nak guna company sebab memerlukan SSM dan sebagainya.



Ini adalah paparan dashboard. Tekan "Create Order" bila ada order baru

Waiting = Dah siap isi borang tapi belum payment
Booking = Dah payment tapi belulm hantar ke pejabat pos atau posmen belum pick-up)
Shipping = Barang tengah ship
Complete = Barang delivered to receiver


Isi weight tu 1000g senang. Box size to letak '0' jerr. Then scroll bawah


Isi nama pengirim dekat box semua ni then scroll bawah


Isi nama penerima dan scroll bawah


Be transparent untuk isi barang korang kat sini. Saya tak galakkan kalo nak post barang handphone ke ape ke. Tu risiko sendiri ye. Then tekan save.


Then keluar paparan ni korang tekan select kat yang saya bulatkan tu.


Tadaaa part ni korang boleh pilih nak guna apa. Senang kan? Jimat duit. Kihkih

Lepas da payment, print borang tu. Then saya lebih suka gunakan drop-off poslaju tu. Sebelum nak drop-off isi borang PINK kat bawah ni dulu.

(Borang ni korang boleh mintak kat kaunter cakap "Kak, nak borang pink" atau "Kak, nak borang PL)

Lepas dah isi borang ni, pergi ke kaunter tak payah beratur. Tinggalkan barang tu dekat kaunter then blah.

Jimat masa, tenaga dan duit. ehehehe. Meh beralih ke teknologi men-shippop ni. Buat ape payah isi guna manual. Tapi of course la kene ade printer. muehehehe.


(click link above to go to the website)


Selamat men-shippop!

Lazada is NOT recommended for Beginner

Assalamualaikum peeps!

Today well yeah im gonna tell you about LAZADA. Siapa tak kenal lagi LAZADA? Sekarang banyak dah canang-canang pasal orang order lain yang sampainya lain. And here i dont wanna talk about how to buy in LAZADA but i wanna tell you about why beginner seller like me is not recommended to sell in LAZADA.

At first, it was easy to register as new seller in LAZADA. And aku register as personal not company sebab nanti nak mintak SSM la bank statement lah. Semak. So, register as myself jela jawabnya. Untuk orang macam aku yang tidak memegang stok sendiri tapi nak jugak mengada menjual di LAZADA untuk cari income lebih sangat tak sesuai. Sebab sekiranya ada order, korang dikehendaki menghantar barang tu di GDEX berhampiran anda untuk posmen hantar pada customer dan bukan penghantaran anda sendiri.

Bende ni aku sangat bengang la. Ko very excited la kan sebab dapat first sale in LAZADA. Tapi serius rugi! Takkan la aku nak kene pegi amek stok yang jauhnya kilang tu 30 minit dari tempat aku and hantar ke GDEX yang aku belum lagi cari kat mana? Duit minyak sapa nak tanggung? Sangat tak menguntungkan. Korang jangan nak cakap plak apesal aku tak markup tinggi? Hello, dear. Persaingan menjual barang di LAZADA sangat tinggi dan sangat tak affordable la kalo menjual harga RM100 tapi gambar macam pasar malam? Setuju?

End up, aku pergi tanya customer service dia. Guess what? Dia cakap amek masa 5-7 hari untuk pertukaran ke shipping sendiri. Tapi aku ada masa 6 hari untuk ship barang tu or else akan cancel!

So sekarang ni ada dua option sama biarkan dicancel atau ko hantar je tapi diorg takboleh nak tekan button 'received' sebab status 'ready to ship' je manjang sampai aku hantar ke GDEX baru dia tukar status. So, aku biar je cancel sendiri. Peh!

Jadi, pengajaran kat sini sebelum korang nak jual produk dekat LAZADA please barang tu mesti ada dengan korang and korang da standby nak send ke GDEX in anytime kalo ade customer order. OK?

Next post maybe aku tunjuk cara nak jadi seller di LAZADA. Nampak cam newbie. Tapi aku tau kat luar sana beratus malah beribu orang taktahu pon cara nak jual kat LAZADA dengan mudah. Betul tak?

P/s : Sakit hati tak abih lagi ni. Kehkeh. Lazada please send me a gift to reduce my angry. :D

Ko tengok tu dia nak cakap aku tak ship on time la tu padahal aku da ship kt customer tu. aku dah chat customer tu senyap manjang. Barang dapat tapi tak bole nak accept or tekan received macam shopee. Adui.